Kisah-Kisah Gagal Seorang Manusia

Tak ada manusia yang impikan kegagalan. Namun tak setiap dari kita menikmati kejayaan. Kerana hakikatnya kebanyakan dari manusia, hidup sekadar hidup. Hidup mengikut arus, "follow the flow". Hidup tanpa merancang, apa yang ingin dicapai dalam hidup. Sedar sedar, sudah berada di jurang kegagalan.

Ada banyak cara untuk gagal.
Gagal kerana gagal merancang.
Gagal kerana tersalah langkah.
Gagal kerana tersalah cara.
Gagal kerana tersalah niat.

Ini kisah-kisah gagal seorang manusia.
Ini kisah gagalku.

***

"PRIDE" ATAU MINAT?
Aku masih berada di Tingkatan 4 di sebuah Sekolah Berasrama Penuh, all-girls school di selatan Tanah Air.
Biasalah, pelajar Tingkatan 4, baru habis PMR, keputusan pun agak membanggakan. 
Tahun ini adalah 'Tahun Bulan Madu' bagi kami. "Honeymoon Year".
Iyalah, Tingkatan 4
- Tahun pertama berada dalam senior years (Menengah atas).
- Tingkatan 5 akan sibuk study sejak awal tahun, so kami yang akan control juniors.
- Inilah the only gap yang tinggal sebelum habis school years; time F3 dah kena fokus PMR, next year dah kena focus SPM, so sekarang lah waktu nak try semua benda yang baru; nk break rules, nk try fly, nk escape prep, escape perhimpunan, time ni lah nak naik tocang bagi yang tak pernah buat.
- Oh ye, dan sebagai remaja berusia 16 tahun- fasa mencari identiti?

Aku pun tak terlepas dari fasa ni.Fasa nak mencuba benda baru dan mencari identiti. 

Dan satu benda yang aku memang dah lama aim dari F2 lagi ialah untuk join satu pasukan ni.
Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) a.k.a PKBM(L).
Kenapa baru nak join sekarang?
Sebab keahliannya hanya akan dibuka kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5 sahaja. 
Setiap tahun akan ada satu batch daripada Tingkatan 4 yang akan mendaftar. Penyertaan dibuka hingga ahli cukup untuk menjadi satu pasukan/platun. Ahli-ahli tadi akan menjadi ahli aktif semasa F4 dan ahli pasif semasa F5. Ini bermaksud, sebarang penyertaan untuk pertandingan, perkhemahan, apa-apa latihan di bawah TLDM akan disertai oleh ahli Tingkatan 4 sahaja. Nak dipendekkan cerita, tahun tersebut akan jadi tahun yang super-busy untuk mereka. Setiap bulan akan ada aktiviti. Satu-satu aktiviti bukan sekejap, mungkin dalam 1-2 minggu. Memang susah nak nampak muka-muka budak2 kadet ni. Kadet ialah gelaran bagi kami.

Dan inilah pasukan yang aku impi-impikan untuk sertai.
Kenapa?
Sebab aku terinspirasi dengan kesatuan mereka. 
Bila mereka berkawad, smart dan sharp sangat. 
Semua orang bergerak dengan gerakan yang sama. Pantas. Tapi selaras.
Bila mereka hentak kaki, padu, berdentum satu padang. Paras dan laras. (Bahasa kawad).
Dan bila mereka bersorak, semangat. Unite.
Ntah. Aku suka pemandangan tu. Unity.
Bila derang habis dari kawad, makan sama-sama dalam dewan makan, baca doa. 
Bila keluar pun, mereka selalu bersama. 
Kat surau mereka akan penuhkan saf-saf depan. (Ini bukan sebab alim sangat, tapi atas arahan senior. Huhu) - 
Tapi bagi aku yang melihat dari luar, i can feel the pride. Boleh rasa izzah (pride) nya derang dengan apa yang derang buat.

Itulah yang membuatkan aku bersemangat nak sertai pasukan ni.
Sebab aku nak rasa unity. Dan pride tu.


Dan perjalananku pun bermula.


DUNIA BERUBAH!
Aku tak berada di sekolah sewaktu hari pendaftaran kelab dan persatuan dibuka. 
Sebab aku perlu menyertai lawatan ke suatu tempat.
Sedih dan kecewa. Sebab satu-satunya peluang untuk aku sertai pasukan tu akan tertutup. Lawatan seminggu. Ini bermakna, pemilihan dan latihan telahpun  dimulakan. Dan pada setiap hujung minggu, akan ada latihan formal dengan seorang GI (General Instructor) khas dari TLDM untuk melatih kami berkawad. 
Maknanya, banyak yang akan aku terlepas.
Tapi pada masa yang sama, semacam ada satu bisikan yang berkata dalam hati, "Takpelah, balik nanti buat lah rayuan untuk masuk".

Dan itulah yang aku buat setibanya balik dari lawatan.
Aku pun mendaftar dan sah menjadi ahli pasukan PKBM(L). 
Yes! Rasa puas! Dan nervous!


"Assalamualaikum, kdet2!"

"Woi PK! Ko x nmpak ke ada PO kat sini! Bumping position, down! Kau turun 10! Mata letak kat lutut!"

"Malam ni sume PK kumpul kat Blok C. Pukul 9 Sharp!"

Err. Apa ni. Baru je daftar, dah kena? Mujur bukan aku sorang time tu.

Hidup aku serta merta berubah.
Tak kira pada bila-bila masa, di mana-mana saja, termasuk di blok pentadbiran sekolah, kami (PK- kadet Tingkatan 4) perlu mengikuti rules dalam pasukan kami.
Bagi salam pada senior kadet (dengan pangkat2 mereka), sentiasa alert pada arahan dan panggilan mereka, kena menepati masa untuk latihan, perjumpaan etc. Kalau tak, nantikanlah habuan nya. Push up, sit up, squat, star jump, buat lah berpuluh malah beratus kali dalam satu malam. Belum kira hentak kaki tanpa henti dan berguling atas padang/tar/court/ apa-apa lah. Untung2 kena berguling atas muntah-muntah hijau kawan sebelah. 

Ya Allah, azabnya!!!
Tak terbayang yang aku akan hidup dalam situasi ni.
24 jam cemas. 24 jam kena behave. 24 jam kena tunduk pada senior.
Takut pada senior melebihi takut pada cikgu dispilin sekolah!
Pendek kata, hidup aku berubah 360 degree, 100%. 
Hidup aku bukan lagi aku yang punya.
Tapi kepunyakan pasukan ni, terutamanya senior.
Masa kelas, masa prep, masa tidur, just bersedia untuk dipanggil dan diperlakukan apa-apa.
Macam hamba abdi!

Bayangkan.
Weekdays: 

  • 7am-1pm   : kelas
  • 2-4.30 pm  : Prep petang
  • 5-7 pm       : Latihan 
  • 7-9 pm       : Kt surau
  • 9-10.30 pm : Prep malam
  • 11-12+++    : Latihan dengan mak buah. (Mak buah ialah senior/mentor pd kami. Setiap PK akan dpt seorang mak buah)
  • 12+++     : Free time aka fasa bersedia
Waktu tanpa gangguan senior kadet  7-1pm

Every Weekend!:
8-12am :  Latihan kawad dengan senior/sendiri
2-7 pm  : Latihan kawad dengan GI

Bila je yang hidup tanpa kadet? Hanya time kelas. 7-1pm. Bila nk buat hw? Nak buat urusan sendiri? No more!
Itulah hidup yang aku serahkan sejak dari itu.
Seluruh hidup. 

BUDAK JAHAT
Aku bukanlah seorang yang nakal atau degil.
Tapi bukan juga orang yang skema atau nerd.
Budak baik lah kot. Baik, sopan, separa solehah. Haha.
Tapi bukan budak jahat lah.
Budak surau, EDAR ( Exco Dakwah ar-Ruhiyyah). Budak surau lah. Tapi tak bermaksud alim kan?
Budak score- Pencapaian akademik sejak F1-F3: Top 5? Ok lah mungkin Top 10 untuk setiap semester for the whole batch. Not a super-genius, tapi ada otak lah.

Jadi semasa di Tingkatan 4, aku berada dalam kelas pertama (as expected).
Markah ujian semester pertama-
Fizik - 19%
Add math - 9%
Bio ?
Chem?
Pendek kata, sume subjek sciences below 40% which is G!
Bukan 9 atau 19 markah. tapi percent! Per 100!

Homework tak siap, tidur dalam kelas.
Sampai seorang cikgu yang mengajar aku dari F1-F3, yang dah melihat prestasi aku selama ni cakap,
" Itulah awak. Berkawan lagi dengan budak2 jahat. awak pun jadi jahat sekali macam mereka!."

Tersirap darah aku time tu.
Aku tak de buat benda jahat pun.
Aku masih berusaha fokus dalam kelas.
Cuma kadang2 trtidur sebab memang tak larat sangat.
Dan tak siap homework sbb x sempat nak study.
Sampa hati dia cakap aku jahat.

Memang pasukan aku ramai rules breaker.
Tapi aku tak.
Dan sejak aku join pasukan ni, tak de lagi ahli kitrang yang buat kes.
And aku tak pernah break apa-apa rules pon!
Aku tak boleh terima tuduhan ni.
Alang-alang ccikgu tuduh aku jahat, aku akan jadi jahat betul2!

Maka bermulalah perang dingin antara aku dan cikgu sejarah aku selama setahun.
Setahun aku tak bangun bagi salam bila dia masuk n keluar, setahun tak buaka buku time dia mengajar.
Meja kai disusun ikut kumpulan macam tadika, jadi setahun lah aku tak menghadap papan putih time dia mengajar.
Rebel.
Sape suruh cakap aku jahat.

Dan itulah aku sepanjang Tngkatan 4.
Budak yang dulu pandai tapi sekarang tak tahu apa yang dia belajar, tak faham dalam kelas, tidur dalam kelas tidur masa prep, meniru semua lab report chem, physic, bio!, tak siap homework, fly, scape perhimpunan, result jatuh! dibenci oleh cikgu!


AIM FOR THE STAR
Aku telah dipilih untuk jadi ketua platun dan chief untuk pasukan. 
Maksudnya, ketua dalam kawad dan ketua dalam pasukan. Sebab tak semestinya ketua platun(komanden) is ketua pasukan. sebab komanden just jerit bagi arahan je? Perlukan suara je- Kot. Tu aku x sure.

Walaupun kehidupan di dalam sekolah amat menyeksakan.
Kehidupan di luar sekolah - semasa berkawad, camping etc sangat mengujakan.
Walaupun guling, bumping, sit up masih menjadi makanan harian kami, tapi lama-kelamaan benda2 tu menjadi kebiasaan. Dan lama-kelamaan jurulatih2 TLDM kami semakin sporting dan tak ganas sangat. Huhu. 

Banyak sangat pengalaman yang manis (tak pasti bermakna ke tak) yang aku dapat.
Memang sangat rasa unite ngan sume orang.
N dapat jumpa kawan baru. 
Pengalaman yang takkan dapat dilupakan - tapi tak mahu diulangi sebab serik. Haha.


ONE TEAM
Banyak yang kami hadapi bersama selama menjadi satu pasukan.
Jerit perih- penat, nangis, ketawa, marah, kena buli semua bersama.
Banyak kejayaan yang dikcapi sama-sama juga.

Rasa nak care each other- rasa bertanggungjawab tentang each other.
Rasa sense of belonging.
Unite.
Sebab apa?
Sebab hanya dengan unity, kami akan dapat gerakan yang sama. 
Hanya dengan unity,, langkah kami paras dan laras, hentak kaki kami satu dan padu.
Hanya dengan unity.
Sebab kami kawad senyap, tanpa suara, tanpa counting.
Dan kawad formasi. Hanya kiraan dalam hati yang menyamakan kami.
Sebab tu, hati kami perlu sama. 
Untuk capai matlamat yang sama.
Di situlah indahnya pasukan ini.
Susah payah bersama. Untuk bersatu sebagai satu pasukan.

Tapi tak mudah.
Dan tak tercapai sepenuhnya pun.
Sebab akan sentiasa ada cabaran untuk bersatu.
Ego, berbeza matlamat dan minat, personaliti, semua tu menjadi halangan untuk bersatu.

Dan aku sebagai ketua.
Tak mampu untuk menyatukan semua orang.
Sebagai ketua aku gagal. Untuk bawa dan tanam matlamat yang sama pada semua orang. Itulah benda yang aku paling menyesal sampai sekarang.
benda yang memalukan sebagai ketua, bila tak mampu membentuk sebuah pasukan yang ada satu matlamat dan kuat.
Sebab aku sendiri lemah dan tertekan pada masa tu.

TAHUN KEGELAPAN, TAHUN KECAMUK
Inilah tahun yang paling complicated yang ada dalam sejarah hidupku.
Aku tak pasti adakah ia tahun yang gelap atau terang.
Ia gelap, sebab aku jadi seorang yang sangat berbeza- jahat, x berdisplin, rulebreaker, lawan cikgu, REBEL!
Tapi juga tahun kegemilangan- jadi ketua platun terbaik untuk daerah dan negeri, juara kawad hingga layak ke peringkat kebangsaan, ketua platun untuk hari ATM perngkat kebangsaan, banyak pencapaian.
Tahun yang berkecamuk- aku makin keliru dengan identiti aku. aku suka benda yang positif dengan semangat berpasukan. tapi aku terjerumus ke dalam kancah yang tak sihat.

TAHUN GAGAL
Kenapa aku masukkan kisah ini sebagai kisah gagal?
-Sebab aku gagal jadi pelajar yang baik dalam study- permulaan sebagai pelajar bermasaah dan tak pandai.
-Sebab aku tak jadi peajar yang baik - dari segi akhlak dan adab
-Sebab aku belajar banyak sikap negatif yang susah nak buang even selepas aku sekolah- malas belajar, malas buat homework, REBEL!
-Aku gagal sebagai ketua. Panjang lagi kisah, masa F5, pasukan kami hampir dibubarkan oleh sekolah sbb kami buat perangai masa jadi senior.

Aku akhiri tahun ni dengan penuh debaran, sebab next year kami F5. 2 benda besar untuk di-handle.Kadet; senior dan junior. dan SPM.


SENIOR YEAR 
Ini lagi kisah yang panjang untuk diceritakan semuanya.
Cukuplah aku katakan, tahun ni aku hidup dengan penuh tekanan.

Tekanan nak menjaga pride sebagai kadet:
- Mengekalkan prestasi dan kualiti junior kadet
- Ubah budaya buli dan benda2 tak sihat dalam kadet
- Tarik senior2 kadet untuk bina junior dan stop buat benda2 yang tak sihat dalam kadet
- Ancaman pembubaran kadet
- Perpecahan
- Malu dengan satu sekolah!

Tekanan sebagai F5- SPM!
- Bodoh!bodoh!bodoh! 
- Macam mana nak buang 5G daripada slip keputusan?
- Kawan-kawan sekelas dah dapat scholarship MARA dan BANK negara. Aku?

Tekanan sebagai manusia
- Apa aku nak jadi lepas ni?
- Apa minat dan kebolehan aku?
- Aku takde cita2!

Secara ringkas, itulah aku semasa F5. Serabut!

Aku hidup dalam keserabutan sampailah bulan Ramadhan. SPM lepas raya kalau tak silap. Kira-kira ada 2 bulan sebelum SPM?
Aku bertanya pada diri, " Sampai bila nak hidup macam ni? Sampai bila nak jadi bodoh?"
Kenapa aku sangat concern dengan kebodohan? Bukan sebab aku risau sangat result. Tapi sebab aku dah dalam fasa putus asa dengan hidup aku. tak nak beljar, tak nak cuba faham, tak nak capai pape. Sebab tu kebodohan tu is a bad indicator. Indicator yang aku dah putus asa dan tak nak berusaha.

Dan pada Ramadhan tahun itu, aku berazam.
Aku akan bangkit!
Dan berusaha.

Setiap hari psycho diri,
"Jangan compare ngan orang lain"
"Belajar dengan fasa sendiri. Jangan compare dengan org lain. Orang lain dah pulun sejak tahu lepas."

Sebab masa tu, aku tak diturunkan kelas.
Even subjek2 yang ikut gred pun contohnya Add math, math mode, etc, aku tak dturunkan kelas (aku pun tak tahu kenapa).

Maka berubah lah hidup aku,
5am  - Qiam + sahur 
6- 7 am -  surau, subuh jemaah
7-5 pm - Fokus dalam kelas (time tu latih tubi je tinggal. silibus dah habis)
7-9 pm - P surau, baca Quran, solat taubat.
9-12 am  - Study

Waktu senggang/ waktu otak tak leh function/ waktu penat : study Malay/ Eng/ EST/ P.A Islam/ Sejarah
Waktu2 fokus : Study subjek berat- ADD, MATH MODE, BIO, CHEM, PHY
waktu berjalan : Zikir / fikir benda bermanfaat

Itulah rutin sepanjang sebulan.
Hingga boleh dikatakan aku tak pernah ponteng Qiam langsung Ramadhan tahun tu.
Tak de masa kosong, x d masa terbuang. Setiap masa dipenuhi dgn benda bermanfaat.

Sampai bila nk SPM, aku berdoa,
"Ya Allah, mungkin aku tak mampu nak habiskan semua silibus 100% (memang ada subjek yang aku tak empat nak fahamkan betul), tapi aku laburkan 100% usahaku sebulan ni."
" Ya Allah, aku dah tak kisah pasal result. Aku nak Kau je ya Allah" - Sebab time tu rasa macam, manisnya berusaha dan bertawakal kerana Allah. Di saat kita berada di titik terendah hidup kita.


CIKGU SEJARAH
Cikgu sejarah aku ialah isteri kepada cikgu add math aku.
Dan cikgu add math aku adalah cikgu paling garang (garang macam singa!) kat sekolah kami.
Garang dia, nak pk pon x sanggup.
Lempar buku, koyak buku, jerit jerkah. 
Bila dia lalu je, sume senyap.
Dia jeling je, semua dah seram.
Dan prinsip dia, sume student dalam kelas ida kena dapat A2, A1 SAHAJA! dalam subjek dia untuk setiap test. 
N test untuk math department ya ampun, banyaknya!

Inilah cikgu add math n math mode aku semasa F5.
macam aku cakap td, aku tak dturunkan kelas.
Means, aku sekelas degn budak2 pandai yang add math n math mode derang memang perform. 
Bukan budak G macam aku.
Bayangkanlah, agak2 kertas sapa yang akan kena lempar dari tingkat 3 ni dulu? 

Tapi Alhamdulillah.
Aku tak pernah kena lempar, kena jerkah dengan dia.
Sebab dia garang bertempat. garang bersebab. Garang bila kami budak2 remaja perempuan ni naik tocang buat benda pelik2.
hakikatnya dia berhabis ratusan ribuan utk kitorang. Setiap hari bagi latihan berset-set. Tapi tak pernah mintak se sen pun duit. Guru yang ikhlas. Yang memang nak mendidik. Bukan sekadar masuk, muntahkan silibus, dan keluar kelas.
Dalam kelas, dia ajar from 0. benda2 basic time F4 sume dia ajar balik. kalau tak tahu tanya terus. Takpe bodoh sekarang. haha. memang boleh catch up.

N sebab cikgu ni banyak bagi inspirasi dan motivasi kat aku.

pernah satu hari, dia suruh aku selesaikan soalan kat papan putih.
And aku pon try la, pastu dia cakap,
"Hmmph. Macam mana awk dapat jalan keje ni? Takpelah, A -- ni unik sket. Jalan keje nye lain sket, tapi dapat jawapan yang betul."

Haha. Among the first who notice my uniqueness (or weirdness?)


And di sekitar sebelum ramadhan, dia datang kelas, panggil aku keluar kelas,
" Saya nak tanya pasal hubungan awk ngan isteri saya."
" Dia selalu tanya pasal awak kat saya, A macam mana kat kelas? Kenapa dia senyap je dalam kelas sejarah?"
" Awak marah kat dia ke?"

" Saya tak marah kat dia. Saya cuma geram dia tuduh benda yang saya tak buat."
" Dia tuduh saya budak jahat."

" Awak berbaik lah dengan dia.Minta maaf pada dia."
" Apapun, dia tetap cikgu awk."
" Kalau dia buat awak terasa, saya sebagai suami dia minta maaf"
" Tapi awk pergilah minta maaf dengan dia"
" Sebab dia masih cikgu awk, awak pon dah nak SPM."
" Awak bukannya tak pandai, dulu saya selalu nampak nama awak top list. tapi mungkin benda2 macam ni buat awak susah nak faham matapelajaran tu."
" Minta lah maaf pada dia"
" Saya percaya awak boleh!"

Mahu tak touching ada cikgu slowtalk macam tu.
Time sume orang rasa impossible and loss hope in you.
Maka bermulalah drama air mata antara aku dan cikgu sejarah.
Dan kami pun berbaik. 

"SAYA PERCAYA AWAK BOLEH!"
Antara penguat untuk aku berubah Ramadhan tu.
Kalau ditanya apa turning point dalam hidup.
Ini satu di antaranya.  
#Budak rebel dengan hati tisu.

DUP DAP DUP DAP. RESULT IS OUT!
Result SPM akan keluar harini.
Aku dan beberapa orang naik bas ke Larkin. 
Rumah kami dekat je, dalam Johor juga.
Dalam bas derang dah kecoh, " Weh, 4 orang je yg dapat straight A1"
Argh. Aku tak nak tahu pape. 
Dalam hati just doa, " Ya Allah berilah apa yang terbaik untukku"
Tak pernah aku minta syarat dalam doa aku- nak begini, nak begitu. aku lebih suka minta apa yang terbaik tanpa sepsifik kan apa2. Sebab aku nak berbahagia dengan pilihan Allah untuk aku. (Tapi tak salah pon nak mintak spesifik.)

Tiba-tiba, ada mesej masuk. 
" Weh, congrates!!! Ko dapat 10A1! 4 orang j sekolah kita yg dpt straight A1. Selebihnya ramai yg dapat staight A."

Kacau daun betul! Aku dah cakap tak nak tahu pape!
But hehs, biar betul.
Confirm. Ni bukan keje aku!

Saat tu aku tersenyum sendiri.
Bukan sebab bangga atau puas dengan result.
Tak de sekelumit pun dalam hati rasa bangga dengan result tu.
Sebab masa tu, satu je perasaan yang terdetik,

"Ada kuasa lain kat atas sana. Yang buat keje ni"

"Dia. Ada."

That moment, aku mula merasa sentuhan dan bimbingan Allah dalam hidup aku.
Susunan dan aturan nya dalam mencorak hidup aku.
Ia bermula di situ.

Jalan hidupku dimudahkan Allah hingga aku dapat interview JPA, dapat tawaran biasiswa dalam bidang Perubatan, dapat tawaran ke luar negara, dan belajar di luar negara.

KEGAGALAN YANG CANTIK
Pernah tengok video beautiful sinner? Pendosa yang cantik.
Iaitu orang yang berdosa yang berulang kali berbuat dosa tapi tak penah putus asa dan sentiasa bertaubat. Itulah pendosa yang cantik.

Itu lah yang aku gambarkan dengan kegagalanku.
Kegagalan yang cantik.
Pastinya, kegagalan, dalam apa pun, bukanlah benda yang terbaik dan terindah dalam hidup kita.
Tapi sebenrnya di sebalik kegagalan itu, pasti ada sesuatu yang telah disusun oleh Allah.
Sesuatu yang cantik dan berharga untuk kita.
Kita yang perlu bersabar dan bangkit dari terus gagal.
Niscaya kejayaan setelah kegagalan itu akan menjadi lebih manis.

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (2:216)

*** 

Ini kisah gagal ku siri 1. 
Kisah yang mild or moderate.
Ada lagi satu kisah gagal tu yang severe. 
Mujur tak fatal.
Moga direzekikan untuk itu.

Comments

Popular Posts