WHEN BODY MIND & SOUL UNITE TO THE TOTAL PLEASURE-May-
SALAM
Hidup. Apa yang ada padanya?. Apa yang kita harap padanya? Apa yang kita impikan darpadanya? Hidup ni macam roda, berputar, berpusing, bergerak, ke atas, ke bawah, ke depan, ke belakang, ke mana-mana saja. Yang pasti ia akan tetap bergerak, sampai akhir hayatnya.
Macam tu juga aku, kamu, mereka, kita semua.. Kita terus bergerak, ke hadapan, dan kadangkala kita terkandas dan tak mampu atau tak mahu bergerak..Satu perkara yang suka untuk aku fikirkan..Bergerak ke mana? berpusing ke mana? Bergerak untuk apa? Bergerak mencari apa? Bergerak untuk capai apa? Adakah bergerak sekadar untuk ke U.K? Sekadar untuk sampai ke Ireland? Bergerak sekadar untuk menjadi seorang doktor? Atau lebih hebat lagi doktor pakar? Adakah sekadar itu? Aku tidak mengatakan bahawa menjadi doktor itu mudah..Dan aku tidak mengatakan untuk sampai ke U.K dan Ireland itu gampang..Aku sendiri tak mampu ke sana..Namun, apa yang aku mahu kamu, kamu yang bakal menjejak kaki ke sana, kamu -insan hebat yang diciptakan Allah-, kita semua, untuk sedar, hidup yang kita lalui ini ada penghujungnya..MATI..yang mungkin juga merupakan satu permulaan yang baru.
Satu kata-kata yang amat membekas dalam hati aku:
"M.A.T.I. Inilah satu-satunya jalan untuk kita bertemu Allah, bertemu Tuhan yang telah menciptakan kita, Tuhan yang kita sembah, yang kita telah rukuk dan sujud kepadaNya, Tuhan yang selama ini kita tak nampak, Tuhan yang kita sujud meminta, memohon itu dan ini daripadaNya, Tuhan yang selama ini membantu kita, memberi kita keputusan yang terbaik dalam pepriksaan, Tuhan yang membantu kita mendapatkan "placement", Tuhan yang menyelamatkan kita sewaktu kita tak siap "homework", Tuhan yang menyelamatkan kita sewaktu kita kemalangan dan kecelakaan, Tuhan yang memberikan kita kesembuhan atas segala penyakit-demam kita, batuk kita- Tuhan yang selama ini kita persoalkan kewujudan-Nya. Hanya dengan mati, kita akan berjumpa denganNya, Allah. Jadi, kalau tak mati mana mungkin kita akan bertemu dengaNya. Namun, mampukah kita menemuinya, dalam redhaNya, jika kita ingkar & sering mengenepikan suruhan dan laranganNya?"
Alangkah ruginya jika kita tak dapat bertemu denganNya. Alangkah ruginya jika kita tak mampu untuk menghidu harum SyurgaNya. Alangkah sia-sianya hidup andai segala kepenatan kita di dunia, susah-payah kita menjalani hidup di dunia ini, jerit-perih menyiapkan segala tugasan di dunia ini sedikit pun tidak dipandang olehNya, tdak diniatkan kernaNya, kerana kita sibuk memenuhi keinginan dan kemahuan kita, bukan keinginan dan kemahuanNya.. Marilah, kita duduk sebentar, kita beriman sejenak..Untuk apakah hidup ini??
Firman Allah:
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" (51:56)
"Aku hendak menjadikan khalifah di muka Bumi" (2:30)
Allah mencipatakan kita, menghidupkan kita di dunia, di atas muka Bumi, adalah atas dua sebab: IBADAH & KHALIFAH. Maka, bilamana dua tugasan ini belum kita laksanakan maka sebenarnya belum lengkaplah tujuan hidup kita, belum sempurnalah "assigments" kita. Maka, apabila kita tidak melangsaikan tugas-tugas ini, bagaimana kita harus menghadap Allah kelak? Bila kita belum boleh mengatakan setiap perlakuan, tindakan, perkataan, penglihatan, pendengaran kita lakukan adalah keranaNya, bilamana kita belum boleh meniatkan makan, tidur, belajar, berbual, menonton, mendengar kita keranaNya, bagaimana bisa kita mengaku kita adalah seorang hamba, seorang pengibadah yang baik? Dan ingin menikmati Syurga? Dan ingin bertemu denganNya? Tugas beribadah bukan lah tugas ustaz dan ustazah sahaja, tetapi tugas kita semua , kita semua yang mengakui Allah sebagai Tuhan dan pemilik kita. Dan ibadah itu sendiri, bukanlah sekadar solat, puasa, zakat dan haji sahaja. Selaklah al-Quran, tidaklah Allah berbicara tentang 5 perkara itu sahaja, tetapi Allah menerangkan tentang banyak lagi hal. Sebagaimana kita begitu patuh dan taat kepada "manual" dan "guideline" IBO dalam mengelakkan "plagiarism", begitu jualah sewajarnya kita patuh dan taat menjalankan "manual" dan "guideline" Allah: Al-Quan & Hadith..
Aku mencintai kamu, ibu kamu juga mencintai kamu, begitu juga bapa, rakan-rakan dan guru-guru kamu. Dan bolehkan kita merasakan kenikmatan hidup tanpa cinta mereka semua? Aku pasti, jawapannya "TIDAK" dan sedarlah setinggi mana cinta mereka kepada kita, sesungguhnya, cinta Allah nikmatnya adalah melebihi, mengatasi malah tidak terbanding oleh yang lain. Yakinlah padaku dan carilah, tingkatkanlah KEYAKINAN kepada Allah, Tuhan yang nyawa, rezeki, dan hidup kita dalam genggamanNya.
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan keada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik." (29:69)
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carlah wasilah(jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah di jalanNya, agar kamu beruntung" (5:35)
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan keada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang-orang yang berbuat baik." (29:69)
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carlah wasilah(jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah di jalanNya, agar kamu beruntung" (5:35)
AYUHLAH!! ALLAH MEMANGGIL-MANGGIL KITA, BUKALAH PINTU HATI. ALLAH LAH TUJUAN KITA. MOGA-MOGA KITA BERSAMA BERBAHAGIA DI PERKAMPUNGAN KITA, PERKAMPUNGAN AKHIRAT, BERSAMA SEMUA ORANG-ORANG BERIMAN.
Comments
Post a Comment