Seronoknya Berkeluarga!!!
Berembang, bercerita dan bergelak ketawa dengan ahli keluarga memang seronok. Kengkadang macam nak pecah perut gelak. Paling best bila makcik pakcik yang tua-tua tu dah duduk dan bergossip pasal macam-macam. Haish, nak terkeluar anak tekak gelak.(Aku gelak balik tirai je la, kontrol ayu). Memang bahagia, seronok sangat kalau dapat sekali-sekala berjumpa. Nak-nak aku ada keluarga yang sangat-sangat-sangat besar.
Huhu. Tapi bila lama-lama rasa macam pelik. Bila kita tetibe je pakai tudung keluar jumpa sedara mara yang bertandang kat rumah, bila kita tiba-tiba je tak bersalam dengan beberapa pakcik dan abang-abang sedara. Dilema. Hormat ke Syariat? Mahu tak mahu, syariat jugalah pilihan kita. Bila azan, semua orang senyap, diam sekejap menghormati azan dan sambung balik berbual. Terasa macam nak suruh je abah cakap, "Alhamdulllah, da asar pon. Bolehlah kita solat asar sama-sama dulu." Tapi, semua orang pon canggung sendiri agaknya. Tuan rumah bingung, antara menjaga "majlis" dengan solat. Saudara mara pula keliru, tak kan aku yang nak ajak tuan rumah solat.
Rindu-Hijjaz
Rindu itu adalah Anugerah dari Aallah Insan yang berhati nurani Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian Rindu pada ketenangan Rindukan kesejahteraan Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa Rindu akan kebenaran Kejujuran dan keikhlasan Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan Anak-anak yang soleh Isteri-isteri solehah Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran Rindukan suasana Masyarakat yang terjalin Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya Kalimah Allah di muka bumi Dan dalam merindukannya Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu Merindukan cahaya Yang menyinari kehidupan Rindu pada Tuhan
Mulalah aku faham apa yang Hijjaz cuba sampaikan. Keluarga bahagia, di mata Allah.
Tapi, aku masih tak mampu nak gambarkan macam mana agaknya gambaran keluarga yang ideal dalam Islam. Keluarga persis keluarga Rasulullah. Yang muda dan tua, topik perbualan mereka, pergaulannya..Hihi..Mesti HEBAT..
choi.. aku rindu kauuuuuu
ReplyDeletehihi..aq pon rindu ko, tukang kebun :(
ReplyDeleteCHOYYY (gaya pegang senduk)
ReplyDeletehaha..suka ati je tqah
ReplyDelete