Dilema Si Fakir

Dia hidup melarat. Tanah yang sekangkang kera diusahakan, dikerah, ditanam dengan apa yang patut. Kadangkala hasilnya perlu pula direbutkan dengan sang monyet dan sang tupai. Maka berkurang dan berkuranglah hasilnya.


Lantas, apa lagi yang dia punya? Untuk terus hidup. Untuk terus makan. Untuk terus aman. Si fakir teringat anak-anaknya. Dia tak mahu mereka hidup susah.


"Nak, belajar sungguh-sungguh. Kita bukan orang kaya"
" Kat dunia nh, kalau ada tanah 10 ekar pun, kalau tak de ilmu tak guna!"


Berlumba-lumbalah si fakir mengingatkan anak-anaknya. Ilmulah perkara nombor 1. Perkarar paling penting. Sumber datangnya beras. Sumber datangnya duit. Hingga mereka lupa siapa yang mula-mula memberi ilmu, siapa yang mula-mula memberi duit dan rezeki. Maka,, anak-anak Si Fakir ang tidak faham ni pun berhempas pulas mencari ilmu, belajar hingga ke menara gading. Hingga lupa tujuan asal penghidupan mereka.


Belajar. Belajar. Telan. Sedut. Hafal. Ingat. Faham. Jawab. Lulus. Berjaya!!
Tanpa mengerti erti kemiskinan yang dilaluinya. Tanpa mengenal pengertian dari kefakiran keluarganya.


Si Fakir terus berfikir. Apa lagi caranya untuk beli beras? Sayur? Anak-anak pun teringin nak makan ayam goreng. Datanglah bantuan. Orang beri tanah untuk diusahakan. Biasiswa. Plan-plan bantuan kewangan. Rumah percuma. Zakat. 


Si fakir bersyukur. Sangat-sangat!! Kerana ada Cik A yang sanggup beri barang A. Cik B sanggup bayarkan barang B. Hingga dia lupa, yang kiriman-kiriman tersebut datangnya dari siapa. Maka diceritakan kepada nak cucu cicitnya generasi demi generasi, jasa-jasa Cik A dan Cik B. Hingga anak cucu cicitnya lupa siapa yang awal-awal member semua bantuan-bantuan.


Inilah antara kisah Si Fakir. Sampai bila si fakir akan terus begini? Terus lupa. Hiduplah Si Fakir, dengan segala budi, segala jasa. Sedang dia lupa berterima kasih kepada Pemilik segala kurnia, ALLAH.


p/s: Bukan ertinya aku menidakkan bantuan mereka. Bak kata pemberi motivasi KMB, semua yang ada di sekitar kita adalah bahasa-bahasa Allah. 

Comments

Popular Posts