Terminal 1 Seremban

"Tidakkah engkau tahu bahawa kepada Allahlah bertasbih apa yang ada di langit dan di bumi, dan juga burung yang mengembangkan sayapnya. Masing-masing sunggh telah mengetahui (cara) berdoa dan bertasbih. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan." (24:41)

Dan Allah menciptalan semua haiwan dari air, maka sebahagian ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian berjalan dengan dua kaki sedang sebahagian berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang Dia kehendaki. Sungguh, Allah mahakuasa atas segala sesuatu." (24:45)


Haiwan bergerak. Awan bergerak. Pokok-pokok bergerak. Manusia juga bergerak. Semua manusia berjalan. Ada yang punya destinasi dan tujuan. Ada yang berjalan tanpa haluan. Ada juga yang statik di persimpangan. Ada yang berkongsi tujuan mereka. Ada juga yang keseorangan.

Seronok kan berjalan-jalan!

Ada yang suka tengok pemandangan yang cantik-cantik. Ada yang jalan-jalan cari makan. Ada yang "window-window shopping"

Berjalan dan berjalan dan berjalan. Memerhati dan menyaksikan ragam dan kerenah manusia. Berfikir dan menganalisa. Lihat manusia. Lihat siapa? Lihat mereka.

***
Entah kenapa mereka di sini. Bukankah kalian sudah cukup tua, sudah tak punya kudrat untuk berjalan. Mengapa masih di sini. Mengapa masih perlu berasak-asak dengan manusia, menyedut gas-gas karbon monoksida dan asap-asap bas yang beracun dan menyesakkan? Tak punyakah kalian anak-anak yang mampu menghantar kalian? Sibuk sangat kah mereka? Atau kalian memang tak punya anak? Atau kalian memang tak punya kereta? Ya anda, pak cik dan mak cik. Mujurlah kalian berdua. Alahai, pak cik. Walaupun sudah tua terbongkok-bongkok, lambat. Masih juga mahu menjadi suami yang mithali. Masih lagi mahu angkatkan beg isteri. Kalaulah aku boleh membantu. Di mana anak-anakmu? Bagaimana jika kalan terjatuh? Akan adakan insan yang peduli? 

Pak Cik & Mak cik, aku yakin hidupmu penuh pengertian. Semoga Allah memberkati hidupmu. Berbahagialah kalian dengan masa tuamu, menanti saat-saat bertemuNya. Mungkin juga aku yang akan pergi dulu, aku berharap hidup kalian terbela.

***
Dia sedang tidur. Tidak wajar dia di sini, di dalam koc wanita. Bukankah dia seorang lelaki? Mungkin keletihan. Mungkin baru pertama kali menjejak Malaysia. Ntah bagaimana dia masuk ke sini, halalkah? haramkah? Ah, ini juga Bumi Allah, bukan Bumi ke%$j*&^ M'#%a. Pakaiannya..Mungkin itulah yang paling bagus yang dia punya. Siapa yang mahu selekeh ke luar negara bukan? Sepatunya nampak baru, tapi mungkin dibelinya di kedai-kedai murahan. Bajunya. Begnya. Aku turun. Dia juga. Berhenti di kedai. Lama dia merenunt dompet nipisnya. Ntah punya duit apa tidak. Ntah apa yang dibelinya?

Wahai encik pendatang. Maaf, mungkin aku silap melihatmu. Mungkin kau jutawan, jutawan jiwa, jutawan budi, jutawan minda. Maaf, aku hanya menelah gayamu, menelah hartamu. Moga-moga di sini ada rezeki buatmu. Moga-moga tanah in tidak membinasakanmu. Moga-moga, Bumi ni beri sinar kepadamu.

***
Jalan. Lompat. Sukar agaknya berjalan dengan 1 kaki. Mujur aja dia punya tongkat. 

***
Kacang Kuda! Kacang Kuda! Muruku!!
Oh, maaf kan aku. Aku dah beli roti-roti lembut. 

...............................................

Banyak nye manusia di dunia. Yang ada kaki, yang tempang, yang 1 kaki, yang jalan lambat, jalan cepat, x berjalan, yang perempuan, lelaki, yang lelaki ---> perempuan, yang perempuan ---> lelaki, yang rambut hitam, rambut perang, rambut pacak, yang terpacak bersandar-sandar kat kaunter, kat menjerit-jerit sepanjang hari jual tiket bas, macam-macam. Aduhai manusia. Aduhai ummah. 


Selonggok manusia terkapar,
Siapa mengaku bertanggungjawab?





Comments

Popular Posts