My Name Is Anisah And I Want To Get Married
Ini post setahun yang lalu yang aku kira sudah hilang(masih buta dengan teknologi blog) dan ku jumpainya lagi. Mungkin ia tak relevan dengan fasa dan mood sekarang (mood exam) tapi IAllah aku benar2 menulisnya dengan hatiku IAllah. Eh, ada juga mood kahwin kan (jeng jeng jeng)
__________________________________________________
Assalamualaikum, selamat dan kesejahteraan ke atas kamu semua..
Mungkin aku terpaksa mungkir..
Mungkir terhadap janji yang aku buat post sebelum ini..
Minta maaf..Alhamdulillah, mujur juga Allah mengajarkan kita untuk mengucapkan..
INSYA ALLAH ( Jika Allah mengizinkan)..
Jika tidak pasti ada hati yang bakal terluka..
Namun, Inshaallah..
Post nih pon tak terpesong dari tujuan hidup saya, awak dan kita semua..
Haha..nape serius amat nh..
Satu persoalan yang menghujani aku lately ni
KENAPA TAK NAK PEGI KURSUS KAHWIN???
Sudah..
Secara jujurnya..
Memang aku x ada alasan..
Alasan untuk pergi dan alasan untuk x pergi...
Dua2 pon x de alasannya...
Dan aku harap keputusan aku ini mendapat redha daripada Allah...
Dan aku yakin, kalau Dia menghendaki aku pergi, aku akan pergi juga kursus tu ngan kawan2 yang lain..
Dengan izin Allah..
Tap, bila kawan2 tanya kenapa aku x nak pergi..
Aku rase bersalah..
Takut kalau keputusan aku mengganggu hati-hati kawan2, takut ada yang menjadi ragu2, dan timbul masalah2 hati yang tidak wajar..
Takut kalau2 apa yang aku putuskan menyebabkan fitnah kepada agama,
Takut aku menconteng arang kepada kesucian Islam.
So, i decided to discuss on MARRIAGE today..hmmmm..(^___^)
haha
Aq memg x d alasan yang kukuh,
tapi situasi aku ni serupa dengan situasi Abu Darda' sewaktu dia meninggalkan perniagaannya..
Abu Darda’ menoleh kepada orang yang bertanya tersebut,
“Demi Allah, aku tidak mengatakan bahwa Allah mengharamkan jual beli. Namun aku tidak ingin masuk dalam golongan orang-orang tertipu dari perdagangan dan jual beli dari mengingat Allah.”
Jadi, aku tidak mengatakan Allah mengharamkan perkawinan, tapi aku tak mahu termasuk dalam golongan orang2 yang tertipu dengan perkahwinan dari mengingati Allah..
Aku juga tidak mengharamkan perkahwinan, tapi padaku perkahwinan bukanlah tujuan dan fokusku sekarang. Pada saat aku terlalu masih jauh dan berat menuju Allah, pada saat aku masih lagi MUSLIM yang futur (lemah), pada saat aku belum lagi INDIVIDU MUSLIM yang terbaik..Lagipun, masakan aku berani mengharamkan sesuatu yang telah dihalalkan Allah, sesuatu yang menjadi sunnah para Rasul. Sedang baginda pun wujud atas sebab perkahwinan. Aku pun, wujud ats dasar perkahwinan. Takkanlah aku ingin memandang ringan tentangnya.
- Hadith - Sahih Bukhari Volume 7, Book 62, No. 1, Narrated Anas bin Malik
A group of three men came to the houses of the wives of the Prophet asking how the Prophet worshipped (Allah), and when they were informed about that, they considered their worship insufficient and said, "Where are we from the Prophet as his past and future sins have been forgiven." Then one of them said, "I will offer the prayer throughout the night forever." The other said, "I will fast throughout the year and will not break my fast." The third said, "I will keep away from the women and will not marry forever." Allah's Apostle came to them and said, "Are you the same people who said so-and-so? By Allah, I am more submissive to Allah and more afraid of Him than you; yet I fast and break my fast, I do sleep and I also marry women. So he who does not follow my tradition in religion, is not from me (not one of my followers)."
- Hadith - Sahih Bukhari, Volume 7, Book 62, Number 4, Narrated 'Abdullah
We were with the Prophet while we were young and had no wealth whatever. So Allah's Apostle said, "O young people! Whoever among you can marry, should marry, because it helps him lower his gaze and guard his modesty (i.e. his private parts from committing illegal sexual intercourse etc.), and whoever is not able to marry, should fast, as fasting diminishes his sexual power."
- Saying of Salaf - Sufyan ibn 'Uyaynah
Sufyân ibn ‘Uyaynah (rahimahullâh) said, "The most nimble of creatures still have need of a voice. The cleverest women still need to have a husband, and the cleverest man still needs to consult wise men."
Subhanallah, aku tak seberani itu, dan tak sanggup untuk tidak diakui sebagai umat Nabi Muhammad (SAW).
Dan bukanlah maksud aku mengatakan perkahwinan nih sesuatu yang menjauhkan kita daripada Allah atau sebagainya, cuma aku merasakan pada saat in, kalu boleh aku nak sejauh-jauhnya meletakkan isu2 perkahwinan ke tepi dan kalu bole nak menutup serapat-rapatnya pintu2 yang membuka ruang2 untuk isu ini dibangkitkan dalam fikiran aku..Bukanlah aku bersifat jumud (kolot) atau Islam yang mengolotkan aku, tapi hati manusia berbeza, maka masalah nya pon berbeza. Doakanlah, semoga keputusan ku mendapat redha dan menjauhkan aku dari masalh2 hati tersebut..
Bukanlah juga niat aku aku untuk menafikan fitrah manusia. Sebab Allah memang telah mencampakkan fitrah tersebut dalam setiap dri manusia.
"they are your garments and you are their garments" (Surah Al Baqarah 2:187).
"And among His signs is this, that He created for you mates from among yourselves that you may dwell in tranquillity with them and He has put love and mercy between your hearts: verily in that are signs for those who reflect." (Surah Al Rum 30:21)
Aku juga seorang manusia, yang tak terkecuali daripada fitrah kurniaan Allah..Aku seorang Hizbullah (golongan Allah) dan pendokong sunnah Rasulullah. Aku bukanlah pengikut ajaran Kristian , Hindu, etc..yang mengorbankan perkahwinan. Itu bukan cara Islam, bukan juga caraku..
Bukanlah juga niat ku melambatkan gerak kerja Islam.. Bagaimana Islam akan tertegak jika Bautul MUSLIM (Keluarga Islam) tidak ditegakkan? Daripada manakah masyarakat dapat mengamalkan Islam dalam keluarga jika semua orang yang mendapat tarbiyah dan kefahaman ISLAM tidak berkeluarga. Memang, aku jelas dengan itu..
Jujur, memang niatku untuk menjadi seperti Rabi'atul Adawiyah yang membujang hingga ke akhir usianya. Namun, aku tetap berpegang kepada 2 rujukan kita yang utama; Al-Quran dan Sunnahnya.
Teringat sebuah kisah( yang aku dengar dalam al-Hidayah kot..kat tv3)
Sewaktu pemerintahan khalifah ke-2, Saidina Umar al-Khattab.
Beliau didatangi oleh seorang bapa yan mengadu tentang anaknya yang sangat degil dan buruk laku.
Apabila mendengar masalah bapa tadi, dia segera memanggil kedua-dua anak dan bapa untuk berjumpanya.
Semasa perjumpaan tersebut , anak tu berkata:
Jangan salahkan aku sahaja kerana aku tidak mendapat hak2 yang wajar aku dapatkan. Aku berhak mendapat seorang ibu yang baik, tetapi aku tidak memperolehinya. Aku juga berhak mendapat didikan Islam dan al-Quran, tetapi hak itu tidak dipenuhi. Aku mempunyai hak mendapat nama yang baik, tetapi namaku ialah .....(x igt) tapi maksudnya tahi kumbang( tahi la yg penting..)..
Jadi, perkahwinan datang kepada kita dengan satu tanggungjawab. Apapun yang kita putuskan, muhasabah..
KENAPA AKU PERLU BUAT TU?...KENAPA PERLU AKU BUAT NI?...termasuklah isu2 KAWEN
Here is a good video to be listened of, Inshaallah membuka hati dan minda kita:
Dengarlah dengan hati..
So, ya marriage is simple. But what is the reason for us to get married? That was tough..
Dikira dengan usia kita untuk mati (60 /70 tahun), kita mungkin masih muda.. Tapi umur kita di dalam Islam sudah tertalu tua. Kalu di zaman Rasullulah, kita sepatutnya dah dapat Madinah, sebuah negara yang benar2 mengamalkan Islam. But, Like what was mentioned in the video, at that time nak buat pahala senang, nak buat dosa yang susah, berbeza dgn zaman kita ni.. So, setiap gerak kita perlu lurus, benar niatnya, jelas hala tujuya, berbaloi dan bermanfaat kepada kita di hari akhir.. bayangkanla, pada zaman kita ini, berapa banyak pasangan yang berkahwin tanpa tahu apa tujuannya. Anak2 tidak mendapat haknya, perkahwinan tidak membolehkan kita masuk Syurga tetapi mengundang murka Allah dan Neraka. Nauzubillah. This is not the matter of getting babies and etc, it is sth greater, a hiddened agenda that we MUST, SHOULD, HAVE to understand, so our marriage will be blessed and will one of the tickets for us to get His REDHA and JANNAH.
I am actually intended to clear whoever's mind regarding marriage and regarding my decision not to go for the course. Haha..this is very hard, and I never imagine that I will discuss on sth that I really don't like to talk about, an issue that rarely come to my mind, an issue that I frequently abandone and ignore. But Syukran to Allah, Alhamdulillah. To be frank this is my first time ever (if I'm not mistaken) googling full heartedly, solely (haha) lookinh for guidance in marriage and Masyaallah. Not going for the course is far from the idea of not getting married ok.. Sebenarnya, Allah lebih pantas menjaga nama baik Islam. Itu amat mudah bagiNya, tapi aku mengharapkan agar aku tidak menghalang hati2 yang mencari Allah dihalang oleh keputusan aku tu.
I have a princple, that I stand for a long time:
HIDUP NI BUKAN NTOK KAWEN JE, that sound so egoistic..but that was my current principle.
Moga Allah jauhkan aku daripada KEEGOAN, SOMBONG, RIAK dan TAKABBUR. Semoga Allah tunjukkan kita jalan, ke arah REDHA dan SYURGA Nya. Semoga setiap denyut nadi kita hanyalah untuk ALLAH an setiap keputusan kita adalah kerana-Nya bukan untuk kepuasan diri kita sendiri. IAllah.
SYUKRAN, SAHABAH..
SALAM
Reference:
http://www.scribd.com/doc/23491623/SEJARAH-PERKAHWINAN
http://www.jannah.org/sisters/marr.html
http://muttaqun.com/marriage.html
http://www.youtube.com/watch?v=66SZ-ZtitMQ
Comments
Post a Comment