Tak Cukup Dengan Panjangnya Angan-Angan
Assalamualaikum
Tak cukup. Tak cukup dengan panjangnya angan-angan tanpa langkah yang deras. Tak cukup cita-cita yang menggunung melangit. Tak cukup, tanpa tindakan dan cubaan. Mana mungkin Rasulullah dapat membina para sahabat hanya dengan angan-angan dan cita-cita. Tak mungkin, bukan.
Aku tak mengatakan angan-angan itu tidak perlu. Ia perlu. Ia perlu menjadi tummuhat kita. Menjadi obsesi kita. Menjadi "drive" kita. Tapi masih, angan-angan itu tidak mungkin tercapai tanpa gerak kerja, kerana sunnahtullah sebuah kejayaan adalah dengan usaha yang keras (walaupun bukanlah usaha yang menatijahkan hasil).
Tak cukup. Tak cukup membaca al-Quran, menghayati dan memaknakan maknanya tanpa amalan. Dan tak akan dapat untuk kita rasai kata-kata al-Quran sebelum kita mengamalkannya. Jadi, bilamana ayat-ayat al-Quran itu belum lagi boleh disesuaikan dengan kita, bagaimana mungkin kita menghayatinya dengan sebenar-benar penghayatan?
Bagaimana?
Mungkin anda kurang jelas dengan maksud penulisan saya.
Al-Quran itu mukjizat, yang diturunkan khas buat Rasulullah sebagai petunjuk sebagai sebuah khabar gembira, sebagai peringatan khusus buat baginda (s.a.w) dan umumnya buat kita (kita, pengikutnya). Al-Quran merangkumi semua aspek, 1/3 daripadanya adalah kisah(untuk teladan dan untuk kita fikirkan), 500 ayat adalah ayat hukum(menurut Imam Ghazali), selebihnya ayat-ayat ttg lain2 (Allah, kasih-sayang syurga neraka, etc). Atas sebab apakah, Allah menurunkan ayat al-Quran kepada Rasulullah? Sebagaimana yang saya katakan tadi, sebagai petunjuk dan pujukan (ayat2 yang memujuk) Rasulullah.
Mengapa pula perlu Rasulullah dipujuk dan ditambah keyakinannya? Kerana baginda telah disakiti dan didustakan. Mengapa baginda didustakan? Kerana baginda menceritakan kebenaran? Jadi, sebahagian besar ayat-ayat al-Quran (termasuk kisah-kisah dan lain-lain) diturunkan untuk memujuk dan menguatkan Rasulullah yang telah disakiti dan didustakan setelah menceritakan kebenaran.
Jadi, bagaimana mungkin kita merasa dekatnya al-Quran? Bagaimana mungkin kita merasakan al-Quran sedang berinteraksi dan memujuk kita? Tanpa kita disakiti dan didustakan? Bagaimana pula mungkin kita didustakan dan disakiti? Tanpa kita menceritakan kebenaran kepada orang lain, walaupun teman sebilik?
Mungkin. Mungkn belum cukup kuat lagi cita-cita kita(saya). Sehinggakan ia tak mampu menggerakkan diri untuk membuahkan amal.Ya. Pastinya belum cukup. Masih lompong hati dan iman, hingga masih berlambat-lambat dalam beramal.
"Sungguh, telah datang kepadamu seorang rasul dar kaummu sendiri berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman" (9:128)
Mari. Kita sambung kembali langkah kita. Walau mungkin bukan dengan lebih deras, namun dengan lebih kefahaman dan penghayatan. Mungkin dengan lebih kesedaran, agar langkah ini akan berlarutan untuk satu tempoh yang lebih panjang sebelum ia jatuh lagi (kerana jatuh dan menurun iman = futur adalah satu kepastian).
Dan ingatlah firman Allah,
"Ingatlah wali-wali Allah itu, tidak ada rasa takut pada mereka, dan mereka tidak bersedih hati" (10:62)
[Credit]
- http://mykhilafah.com/sautun_nahdhah/SN109_Ayat_Hukum.pdfA
- http://www.fahmina.or.id/pbl/dfp_indo/husein_muhammad_alquran.pdf
- http://aqwam.com/iklan-dan-promo/manusia-langit-manusia-bumi
Comments
Post a Comment