Siri Sahabat Rasulullah : 1) Anas Bin Malik Al-Anshori

Latar Belakang:
  • Ayahnya, Malik Ibnu Nadhr. Meninggal dunia ketika Anas masih kecil.
  • Ibunya, Rumaisa Binti Milhan a.k.a Ummu Sulaim, seorang Muslim yang komited. Masuk Islam di tangan dakwah Musab bin Umair, menyertai Baiah Aqabah.
  • Tempat Lahir/ Asal : Madinah
  • Masuk Islam: Anas masuk Islam pada usia 10 tahun, di tangan ibunya. Jatuh cinta kepada Rasulullah walaupun tak pernah bertemu baginda.
    • Ibu; murabbi pertama bagi kita sepatutnya.Yang menanamkan Islam sebenarnya pada anak-anak.
    • Hebatnya didikan/ perasaan Anas, tak pernah jumpa tapi boleh jatuh cinta kat Rasulullah. So takde alasan untuk kita kata kita tak pernah jumpa Rasululah so tak boleh cinta kat baginda. Padahal kalau budak2 biasanya suka benda Yang boleh nampak. Tapi Anas boleh eksaited pada benda yang tak nampak. Sebab apa yang Rasulullah bawa pon benda yg x nampak je.
  • Menjadi khadam Rasulullah ; digelar Unais.
  • Meninggal dunia pada umur 103 tahun, di Basrah.

Tentang Ibunya, Ummu Sulaim:
  • Rasulullah berkata ,"Ketika aku melawat syurga semasa Isra' Mikraj, aku dengar seseorang berjalan. bila ku tanya siapa dia? Dia adalah Rumayso binti Milhan."
    • Wanita hebat
  • Isteri Malik, mereka adalah pasangan yang sangat secocok/ sweet couple.
  • Bila Musab berdakwah di Madinah, Rumayso beriman dan masuk Islam. Malik pulak menolak Islam, diaamat marah. Mereka bersetuju, siapa yang menang dalam hujah tentang Tuhan siapa yang lebih betul, akan boleh memoraktikkan ajarann dengan bebas. Dan Rumayso menang dalam berhujah. Maka, Rumayso membesarkan anak mereka, Anas dengan didikan dan cinta kepada Islam dan Muhammad.
  • Malik tak boleh terima, dia pindah ke Syam dan meninggal di sana. 
  • Berita sampai kepada Rumayso dan beliau sangat sedih kerana beliau berharap Malik akan masuk Islam tetapi tidak.
  • Dia nekad untuk tidak bernikah lagi kerana ingin fokus mentarbiyah anaknya. 
  • Zaid ibn Sahl aka Abu Talhah. masuk meminang, ketika itu dia masih kafir. Rumayso tak boleh terima Abu Talhah jika dia seorang kafir. Abu Talhah berfikir tentang Islam dan nekad untuk berjumpa Rasulullah dan menyatakan keislamannya.
  • Mereka dikurniakan seorang anak dan anak itu meninggal dunia ketika Abu Talhah pergi ke suatu perjalanan. 
    • Rumayso memberitakan berita kematian itu dengan sangat berhikmah," Kalau ada seseorang meminjamkan sesuatu barang, dan dia ingin mendapatkan semula barangnya, berhak kah kita menghalangnya? -Tidak. - Barang itu adalah anak kita, Allah telah meminjamkan kepada kita dan telah mengambilnya semula."
  • Memberi air dan ubat semasa Perang Uhud dan Hunain.
  • Ketika mahu melahirkan anak kedua, mereka dalam satu perjalanan bersama Rasulullah. Dia boleh pilih untuk tak ikut perjalanan itu, tetapi beliau teruskan perjalanan.
Memang boleh nampak hebatnya iman Rumayso. 
Kejelasan dan pengorbanannya untuk Islam.
Terbukti bila dia sanggup infaq anak. Padahal anak pada seorang ibu adalah sesuatu yang amat berharga. Dah la Anas adalah anak dia dengan suami pertama yang sangat dia sayang, Malik. Tapi sebab cinta dia pada Allah lebih besar, dia sanggup serahkan benda yang paling dia sayang pada Rasulullah. Sangat dahsayat la pengorbanan dia.


Menanti Kedatangan Rasulullah:
  • Anas bersama rakan-rakannya sangat tak sabar-sabar menanti kedatangan Rasulullah.
  • Setiap hari mereka berkata kepada sesama sendiri, " Hari ni baginda akan sampai" dan mereka menanti hingga ke petang tapi Rasulullah tak juga muncul. Tapi melakukannya amat meneyeronokkan mereka.
  • Pada hari sebenar kehadiran Rasulullah, itulah hari paling menggembirakan buat Anas dan rakan-rakannya.

Rumaisa Menyerahkan Anas Kepada Rasulullah:
  • Kata-kata Rumaiso, " Wahai Rasulullah, semua lelaki dan wanita ansor memberi hadiah kepada tuan. Namun saya tiada apa-apa yang boleh saya hadiahkan selain anak saya ini. Ambilah dia, dia akan berkhidmat untuk tuan."
  • Berkhidmat kepada Rasulullah selama 10 tahun. Jadi dia tahu banyak benda tentang Rasulullah, banyak nasihat yang tak diperoleh oleh sahabat yang lain.
  • Rasulullah tak pernah kasar kepada Anas. Dia pernah diberikan satu tugas, tapi dia pergi bermain. Rasululah datang dan bertanya sambil tersenyum," Sudahkah kau lakukan tugas itu?" BAginda tak bertanya, "Kenapa kau buat itu, Kenapa tak buat ini?" 
  • Doa Rasulullah kepada beliau; "Ya Allah, kurniakanlah kepadanya harta dan anak. Berkatilah dia."
    • Sahabat terkaya antara Ansar.
    • Anak cucunya berjumlah lebih 100 orang.

Sumbangan
  • Meriwayat hadis : Ketiga terbanyak selepas Abu Hurairah & Abdullah Bin Umar; 2280 hadis (180 Bukhari & Muslim , 80 Bukhari, 90 Muslim)
  • Mendidik sahabat dan tabiin: Kerana beliau hidup lama, maka beliau mengajarkan kefahamannya kepada generasi seterusnya. Lama sangat fasa dia hidup selepas Rasulullah wafat; padahal kemampuan untuk tsabat sampai akhir tu sebenarnya memerlukan komitmen, kecintaan and dedikasi.
    • Benefit bila dekat dengan sumber tarbiyah
    • Walaupun Rasulullah hidup masa dia usia 20 Tahun, tapi cahaya keimanan dia bole bertahan/sustain sampai ke akhir hayat dia (103 Tahun). Berkat nya ilmu Dan amal yang dia ambil dari Rasulullah.

Kematian:
  • Amat berharap dapat bertemu Rasulullah di akhirat. 
  • Sesungguhnya saya berharap dapat bertemu Rasulullah pada hari kiamat. Saya kan katakan pada baginda," Wahai Rasulullah, ini khadam kecilmu Unais." T.T

Ibrah:
  1. Cinta Islam hasil dari percikan iman yang besar ibunya.
  2. Pengorbanan dan infaq ibunya.
  3. Keberkatan hidupnya- bila niat ikhlas untuk Allah, Allah angkat amal tu. Macam kisah Ummu Maryam bernazar Maryam. Berkat ibu dia, berkat doa Rasulullah, berkat pada Iman dan amal, berkat pada anak dan harta.
  4. Kesan mencedok dari sumber tarbiyah.


Rujukan:
1) Story of Anas Ibnu Malik by Mufti Menk. https://www.youtube.com/watch?v=LyE9Rx0rA-U
2) Story of Rumayso Bint Milhan by Mufti Menk. https://www.youtube.com/watch?v=13uP5zhZx30

Comments

Popular Posts