Siapa Agaknya Aku Tanpa ISLAM
Kesejahteraan atas kamu semua.
Sejak dulu lagi, sejak aku mula mengenal Islam, mengenal dengan erti yang sebenar. Islam yang aku maknakan sebagai deen, cara hidup. Islam yang aku maknakan sebagai penghubung aku dengan satu zat yang aku tak pernah jumpa dan yang menciptakan aku. Sejak aku mengenal Islam yang sebenar, Islam yang menuntut aku untuk berubah, berfikir, berkorban. Sejak dari itu, entah berapa ribu kali aku cuba untuk berhenti. Cuba untuk berputus asa. Cuba untuk tidak terus mengenalinya. Kerana aku tak mampu. Tak mampu lagi untuk berubah dengan lebih jauh. Tak mampu lagi untuk meninggalkan apa yang aku suka. Tak mampu lagi untuk mengorbankan apa yang telah bersamaku untuk berbelas tahun.
Mana mungkin, aku meninggalkan kecintaanku terhadap Cik Tv3 dan cerita hindustan yang telah hampir 20tahun aku menontonnya. Mana mungkin aku tutup telingaku dari lagu-lagu yang tidak menambahkan iman sedang telah 20 tahun aku sibuk meng'google' dan menghafal setiap patah dan liriknya. Mana mungkin, aku tinggalkan tidurku yang berlebihan untuk qiam sekerapnya setelah saban hari aku tidur dan hanya mampu Subuh Qada'. Mana mungkin. Ia terlalu susah.
Entah berapa kali, aku terjatuh dan merasakan,
'Dah, cukup! Aku tak nak berubah! Aku x mungkin jadi macam kakak2 tu. Derang memang dah baik!'
'Aku tak larat. Lantaklah! X peduli, jahat ke, aku tak kisah!'
'Aku nak tido dan x nak bangun2 lagi.'
Tapi, berfikir lagi dan lagi. Tanpa Allah. Tanpa Islam, apakah aku? Siapalah aku? Ya. Orang kampung mungkin boleh kata,
"Oh, anak Wak Rahmat yang dapat 10A1 SPM hari tu"
"Tu, anak Wak Jum yang terbang pergi Ireland tu"
Tapi, apalah guna 10A atau fly ke mana pun, jika hati dan jiwa yang aku bawa ini kosong. Apa guna, apa pun jua pencapaian yang aku ada, kalau aku tak langsung signifikan di mata Allah. Apalah sangat famous dan glamour di bumi kalau namaku tak pernah pun disebut oleh penduduk langit. Apalah guna.
Tanpa Islam, entah siapalah aku. Benarlah,
Allah pelindung orang2 yang beriman, Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya(2:256)
Dengan Islam, Allah mengangkat aku, mengeluarkan aku dari kegelapan kepada cahaya. Memindahkan aku dari sempitnya dunia kepada lapangnya akhirat. Membebaskan aku dari perhambaan hawa dan nafsu kepada perhambaan kepada Allah. Meluaskan kesesakan pemikiran kepada satu horizon yang luas tak terjangkau. Memanjangkan pendeknya cita -cita kepada tingginya angan-angan. Dengan Islam ini. Walaupun belum sempurna aku mengamalkannya, walaupun masih jauh untuk bergelar 'true muslim', walau masih terlalu banyak kejahatan dan kekurangan yang perlu ditingkatkan, namun dengan Islam, dengan agama ini, aku mampu menikmati sebuah hidup baru yang lebih indah dan suci.
Sebagaimana Allah mengangkat masyarakat Arab dari tiada apa2, daripada sebuah masyarakat yang dihimpit oleh Tamadun Rom dan Parsi, kepada sekelompok manusia yang menawan 2/3 dunia. Dengan Islam, Allah mengangkat mereka. Mengangkat mereka, bukan dengan tamadun Arab tapi dengan tamadun Islam, kerana masyarakat arab itu tak punya apa. Tapi, dengan Islam, mereka punya segalanya.
p/s: Tolong. Tolong bantu saya membantu diri saya, membantu diri anda, membantu diri mereka. Tolong. Tolong saya sentuh hati-hati dan jwa-jiwa anda, jiwa-jiwa dan hati-hati mereka dengan Islam. Kerana tanpa Islam, kita tak punya apa. Saya sangat sayang anda semua, dan sangat bercita2 untuk bertemu di jannah sana, IAllah.
Comments
Post a Comment